DARI BIASA-BIASA KE LUAR BIASA - ROCKY STORY

ROCKY STORY



Hari ni Chief Amin nak share sikit tentang satu cerita yang boleh dijadikan inspirasi dalam kehidupan seharian kita. Kalau uolls pernah dengar satu movie Hollywood, nama movie dia ROCKY. Movie ni movie lama, tahun 1976. Tapi ramai yang mengambil movie ni sebagai satu sumber inspirasi kerana jalan cerita dia yang sangat amazing. 

Pelakon utama filem ROCKY ni adalah Slyverster Stallone. Dulu tahun 1970-an, Sly ni orang biasa-biasa je. Dia bukanlah pelakon Hollywood yang hebat dan dikenali ramai. Lebih teruk, dia ni adalah seorang yang gagal dalam hidup. Tetapi Sly mempunyai satu impian yang kuat sejak dari kecil lagi. Dia tahu sejak kecil lagi bahawa dia mahu bekerja di Hollywood, didalam industri perfileman. Tidak ada industri lain yang dia nak selain industri filem Hollywood. NEKAD. Bagi Sly, ini adalah peluang untuk dia memberi inspirasi kepada orang lain. Padahal pada masa itu, beliau belum lagi menjadi pelakon popular. Walhal, beliau masih lagi orang biasa semasa beliau nekad dengan impian beliau. Apa pun belum capai lagi. Perasaan nekad ini adalah faktor utama yang menjadi peneraju kejayaan beliau. Belum ada apa-apa, tetapi mempunyai impian yang tinggi melangit. 

Sebelum Sly dapat part sebagai Hero dalam filem Rocky, dia dah cuba audition dekat banyak tempat. Muka dia tak de lah hensem sangat. So, director-director yang audition dia pun cakap lah,

"Hey, muka ko bodoh. Mana boleh berlakon. Pergi buat benda lain. Ko ni gila. Tak ada orang nak tengok muka ko yang senget tu."

Sly kene reject, dan reject, dan reject dalam audition yang dia pergi. Kalau kita kene reject sekali, selalu dah give up. Sly kene reject lebih 1,500 kali dalam audition yang dia pergi. Boleh bayangkan tak? 1,500 kali kene reject. Sly pergi audition dekat satu agency 5,6,7,8,9 kali. Memang kes muka tak tahu malu. Ada sekali Sly nak pergi audition tapi orang agency tu tak nak jumpa dia. So, apa yang dia buat. Sly tunggu depan office agency tu dari malam sampai ke pagi. Dia tak nak pergi selagi tak dapat job berlakon. Finally, orang agency tu pun cakap, ok lah. Meh sini. Aku bagi ko berlakon. Ini adalah filem pertama yang Sly berlakon. Sly dapat part dalam filem tu sebagai gangster yang kene belasah. Berlakon filem tu dalam 20 saat je. Sedih gila. Dia berlakon 3 movie. Semua kene belasah. Kesian beb.

Lepas tu, Sly tak putus asa. Terus cari job untuk berlakon. Tapi still kene reject dan reject lagi. Lama kelamaan, Sly perasaan yang benda ni tak boleh jadi. Mampus dia macam ni. So, dia tukar cara dia approach agensi-agensi ni. Time ni, dia dah hampir muflis. Mungkin dah muflis kot. Tak ada duit untuk makan. Nak bayar bil elektrik pun tak ada duit. Bini dia menjerit-jerit dekat dia. Suruh dia cari kerja. Tapi bagi Sly, kalau dia dapat kerja biasa-biasa, dia akan lupa impian dia selama ni untuk jadi pelakon. Satu je cara dia nak capai impian dia. Bakar jalan-jalan lain selain dari impian dia. Dia tak nak buat benda lain selain dari bekerja dekat Hollywood. Keperitan hidup Sly adalah sangat teruk. Masa musim sejuk di New York, beliau tiada duit untuk bayar heater. Jadi, beliau lari ke perpustakaan untuk cari tempat untuk panaskan diri.

Didalam perpustakaan, beliau terbaca buku Edgar Allan Poe. Lepas baca buku ni, beliau dapat sumber inspirasi. Mungkin Sly tak boleh berlakon, tapi Sly boleh menulis skrip. So, dia pun tulis skrip dan hantar kepada pihak produksi. Script after script. Tak ada yang berjaya. Masa menulis tu, dia memang tak ada duit. 50 dollar pun tak ada. So, finally dia dapat jual skrip pertama beliau bertajuk "Paradise Alley". Masa tu dia hanya dapat 100 dollar untuk skrip yang dia tulis tu. Disebabkan tak ada duit masa tu. 100 dollar tu banyak bagi Sly.


Lepas tu, dia cuba lagi. Tapi still tak berjaya. Sampai satu masa, dia terpaksa curi barang kemas isteri dia. Sly nasihat, DALAM HIDUP NI ADA BENDA YANG KITA TAK PATUT BUAT. CURI BARANG KEMAS ISTERI ADALAH BENDA YANG BENDA KITA TIDAK SAMA SEKALI PATUT BUAT. Isteri Sly mengamuk gila. So, long story short. Benda ni jadi penyebab Sly dan isteri bercerai. Masa tu dia mmg dah broke. Tak ada duit. Tak ada makanan. Tapi ada satu benda yang dia sayang lebih dari semua benda dalam dunia ni, iaitu anjing dia. Anjing Sly masih sayangkan Sly walau apa pun terjadi. Lebih dari kasih sayang dari seorang isteri. Apa yang terjadi masa tu adalah, Sly dah broke gila. Broke sampai tak ada duit nak beli makanan untuk anjing dia yang dia sayang sangat tu. Duit tak ada. Lapar. Anjing pun lapar. So apa yang Sly buat? Sly pergi ke kedai arak dan tunggu dekat depan kedai tu dengan anjing dia. Sly tunggu depan kedai arak tu untuk cari orang lalu lalang untuk beli anjing dia yang dia sayang sangat tu. Dia cuba nak jual anjing dia dengan 50 dollar. Akhirnya, ada sorang mamat ni datang jumpa dia. Negotiate dan beli anjing kesayangan dia, benda yang paling dia sayang dalam dunia dengan harga 25 dollar. Lepas dapat duit tu, dia balik. Sly balik dan menangis. Ini adalah hari yang paling teruk dalam hidup dia.

2 minggu lepas tu, dia pergi tengok Boxing game. Muhammad Ali vs Chuck Wepner. Dalam boxing match tu, dia nampak Wepner ni dah kene belasah teruk. Tapi tak putus asa melawan. Lepas tu, Sly dapat idea. Lepas je fight ni habis, Sly terus mula menulis. Sly menulis 20 jam straight. Tak tido. Sly tulis skrip untuk satu movie tu 20 jam straight. Tak stop. Siap. Excited sangat dengan apa yang dia tulis. Lepas habis menulis tu, tangan dia menggeletar. Excited sangat.

Dah siap tulis skrip, Sly pun start cari agen untuk baca skrip yang dia tulis. Sekali lagi, Sly kene reject dan reject. Ramai agen tu cakap skrip ni tak cukup bagus. Senang orang nak predict. Bodoh. Sentimental sangat. Apa yang Sly buat masa tu. Dia tulis atas kertas apa yang agen-agen ni cakap pasal skrip dia dan dia baca komen-komen negatif ni pada malam dia menerima anugerah Oscar. Wow. Amazing. Ini nama dia The Greatest Revenge. Bodoh la sangat. Siapa yang bodoh masa tu?

Sly tak putus asa. Terus cari agen dan agen lain untuk baca skrip dia. Rejection after rejection. Finally, dia dapat jumpa satu agen yang berminat dengan skrip dia. Agen tu baca dan minat dan jatuh cinta dengan skrip yang dia tulis. Agen tu offer dia 125 ribu untuk skrip dia. Sly amaze gila. Wow. Dari poket kosong and dapat 125 ribu. Tak gila masa tu? Excited nak mampus. So, Sly pun cakap boleh cuma dengan satu syarat. Agen tu pun tanya, apa syarat tu?

Sly cakap, "Aku kene jadi Hero dalam movie ni."

Terus BOOM. Agen tu terperanjat. Apa yang ko merepek ni Sly. Ko ni penulis, bukan pelakon.

Sly pun jawab, "Aku ni pelakon".

Agen tu jawab balik, "No No, ko ni penulis skrip."

Sly menjawab lagi,"No No, Aku ni pelakon. Ini cerita aku. Aku Rocky. Aku kene berlakon. Aku kene jadi Hero."

Agen tu jawab, "No way. Aku takkan bayar ko 125 ribu dan jadikan ko Hero. Aku kene pakai pelakon yang hebat."

Agen tu pun cakap, Take It or Leave It. So, Sly pun dengan confident bagitau agen tu yang kalau korang tak percaya aku boleh berlakon, korang tak boleh dapat skrip ni. Member tengah sengkek pun boleh let go 125 ribu. Gila ke apa. Tapi bagi Sly, dia percaya satu benda. Dia percaya dengan skrip dia dan halatuju hidup dia. Lepas 2 minggu, agen tu call balik dan offer 250 ribu dollar untuk skrip tu dan Sly tak berlakon dalam filem tu. Sly pula yang reject offer tu. Lepas tu agen tu datang balik, offer lagi 325 ribu dollar. Agen tu dah gila-gila nak skrip ni. Tapi Sly still cakap NO. So finally, agen tu compromise dan offer 35 ribu dan percentage dalam movie untuk ambil Sly sebagai Hero dalam filem tu. Agen tak nak ambil risiko kalau filem tu tak berjaya. At least kalau tak berjaya, diorang tak bayar Sly mahal sangat. Filem Rocky (1976) ambil kos 1 juta dollar dan mendapat keuntungan sebanyak 200 juta dollar.

Amazing...

Ramai orang tanya, lepas dapat 35 ribu tu apa Sly buat? Ramai orang akan pergi clubbing dan celebrate. Apa yang Sly buat lepas dapat duit tu? Sly pergi balik ke kedai arak dulu. BERHARAP agar dapat jumpa balik orang yang beli anjing dia dulu. Dia tunggu dekat kedai arak tu selama 3 hari. Hari ke-3, dia jumpa orang yang beli anjing dia tu dan anjing dia pun ada sekali dengan orang tu. Sly pun kejar orang tu dan bagitau yang dia nak beli balik anjing dia. Cool gila. Sly pun bagitau owner baru tu, "Dulu aku broke. Tak ada duit. Tak ada duit nak makan. Terpaksa jual anjing ni. Anjing ni kawan baik aku. Aku nak balik anjing ni. Tolong lah. Aku bayar 100 dollar untuk beli balik. Dulu ko bayar 25 dollar je untuk anjing ni." Owner baru tu pun cakap, "No way. Ni anjing aku sekarang. Mana boleh beli." Sly pun try lagi, naikkan offer ke 500 dollar. Owner baru tu cakap No Way. Sly offer lagi, 1000 dollar. Owner tu pun cakap No Way. So, Sly cakap dia teruskan usaha dia, tukar approach. Tukar offer. Tukar cara negotiation dengan owner ni. Finally owner tu cakap OK. Sly offer owner anjing tu 15,000 dollar dan berlakon dalam Rocky. Sly sanggup bayar orang tu 15 ribu padahal dia hanya ada 35 ribu masa tu.


Moral of the story:
Setiap masalah tu ada jalan penyelesaian. Kita kene cuba cari jalan yang betul. Keep changing your approach until you find the right ones.





Comments

Popular Posts