12 Soalan Penting Untuk CEO
Sesebuah
organisasi atau syarikat mempunyai banyak halangan yang tersendiri. Antara
halangan terbesar adalah sumber manusia atau human resources. Ini adalah faktor
yang terpenting dalam sesebuah organisasi dimana segala urusan untuk mencapai
kejayaan itu terletak kepada betapa hebatnya pekerja-pekerja dan pemimpin organisasi
itu sendiri. Sepanjang 25 tahun yang lepas, Gallup Organization telah membuat
kajian kepada lebih sejuta pekerja di Amerika Syarikat. Beratus soalan telah
ditanya dari pelbagai aspek untuk mendapatkan jawapan kepada “apakah faktor
utama kejayaan sesebuah syarikat?” Dalam ratusan soalan berikut, ribuan jawapan
yang berbeza telah diterima. Dalam ribuan jawapan yang berbeza ini, kajian
dengan lebih mendalam telah dibuat untuk mengetahui sebab-sebab sesebuah
organisasi lebih maju daripada organisasi yang lain. Kajian menunjukkan bahawa
ada beberapa faktor penting yang menjadi tunjak kepada kejayaan sesebuah
organisasi. Faktor-faktor ini dipermudahkan kepada 12 soalan penting yang perlu
ada untuk sesebuah organisasi untuk lebih Berjaya berbanding organisasi yang
lain. Berikut adalah 12 soalan penting yang setiap Director & CEO syarikat
perlu ambil tahu terhadap situasi syarikat mereka.
1. EXPECTATION
Do I know what is expected of me at
work?
Sesebuah
organisasi akan mempunyai motif dan objektif yang tersendiri. Sebagai contoh,
syarikat yang menjual pakaian sukan (seperti Nike, Adidas & Puma) mempunyai
objektif untuk menjadikan brand dan produk mereka disukai dan menjadi kegilaan
penggemar sukan. Oleh itu, pemilik syarikat dan pihak pengurusan mempunyai misi
dan cara yang tersendiri untuk mencapai matlamat mereka. Untuk mencapai
matlamat ini, mereka memerlukan tenaga kerja untuk membantu mereka. Jadi, adakah
pekerja-pekerja mereka ini membantu mereka mencapai matlamat mereka atau pekerja-pekerja
ini lebih membebankan urusan mereka? Ini adalah kunci utama kepada expectation daripada pihak pengurusan
dan pekerja mereka. Pihak pengurusan perlulah jelas kepada apa yang mereka mahu
daripada pekerja. Dan pihak pekerja pula perlulah memahami apa yang dimahukan
oleh pihak pengurusan.
2. MATERIALS
& EQUIPMENT
Do I have the materials and equipment
I need to do my work right?
Seorang pilot
tidak boleh membawa kapal terbang sekiranya kapal terbang itu tidak selamat untuk
dibawa. Begitu juga dengan seorang akauntan. Mereka tidak boleh membuat P&L
dan Balance Sheet sekiranya tidak ada pensil dan kertas (sekarang ni dah pakai
software. Mana ada orang pakai pensil dan kertas lagi). Tetapi, jika diberikan
tukul dan pahat kepada seseorang akauntan, mereka tidak tahu apa nak buat
dengan tukul dan pahat kerana itu bukan kerja mereka. Begitulah perumpaan
kepada soalan diatas. Setiap pekerja memerlukan the right materials and equipment untuk membuat kerja mereka. Adalah
sangat penting untuk pihak pengurusan syarikat menyediakan the right tools untuk mereka menjalankan kerja-kerja mereka.
3. OPPORTUNITY
At work, do I have the opportunity to
do what I do best every day?
Setiap
manusia mempunyai satu naluri kepuasan diri apabila mereka mencapai sesuatu
kejayaan. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk melakukan yang terbaik
untuk diri mereka dan orang disekeliling mereka. Sebagai contoh, seorang
arkitek amat gemar melukis dan mempunyai visi yang sangat hebat. Beliau mampu
melukis sebuah bangunan yang cantik dalam masa 1 jam dan selalu mendapat pujian
rakan-rakan sekeliling. Arkitek ini akan sentiasa mencari peluang untuk bekerja
disebuah syarikat yang akan memberikan beliau peluang untuk melukis dan membina
bangunan yang dilakar olehnya. Sekiranya beliau bekerja sebagai pelukis kartun,
beliau mungkin rasa tidak puas kerana beliau hebat dalam melukis bangunan. Beliau
tidak akan bekerja lama sebagai pelukis kartun kerana itu bukan minatnya. Oleh
itu, Director & CEO perlu tahu kelebihan dan kekurangan seseorang pekerja
itu dan meletakkan mereka ditempat yang sesuai agar mereka dapat menjadi lebih
produktif dalam melakukan kerja.
4. RECOGNITION
& PRAISE
In the last seven days, have I
received recognition or praise for doing good work?
Nasi adalah
makanan kepada perut. Puji-pujian adalah makanan kepada hati. Manusia
memerlukan kedua-duanya untuk menjadi lebih produktif. Bayangkan hidup anda
dimarahi oleh pasangan anda atau rakan anda setiap hari. Adakah hidup anda
lebih gembira dan bahagia? Tentulah jawapannya tidak. Pekerja-pekerja dibawah
kita memerlukan puji-pujian sekiranya mereka melakukan kerja yang bagus. Ini
adalah antara sebab syarikat-syarikat insurans dan takaful memberi award kepada
top agent mereka.
…bersambung


Comments
Post a Comment